Tuesday, 14 June 2011

Rentak menyilang

Rentak menyilang sama seperti rentak malalu, cuma menyilang akan dipalu selepas paluan melalu yang pertama.

Contonhnya dalam pukulan intro melalu ada 6 pukulan 'Pak' manakala intro untuk pukulan menyilang adalah 4 bunyi 'Pak'. Menyilang akan memalu serentak bersama pukulan melalu pada pukulan yang pertama dan kedua kemudian rest satu pukulan melalu dan seterusnya memalu pada pukulan yang 4 dan 5 sebelum memalu bunyi 'Bum' dan seterusnya (9 7 9 7....)

Intro pukulan menyilang ialah: P P _ P P _
Pukulan menyilang : B B B B B B B B B P P P P P P P B B B B B B B B B
Tanda underscore di pukulan intri memberi maksud pukulan melalu.

Baiklah anda sudah boleh menghasilkan rentak muzik kompang yang bersilih ganti, tetapi selepas dimasukkan rentak menganak anda akan dapat dengar bunyi yang dihasilkan lebih menarik dan berirama.

Rentak menganak saya akan terangkan dalam post yang akan datang....

Salamm..

4 comments:

  1. Terbaik.Saya harap kamu boleh tambah audio jadi kami bole faham lebih senang.Terimah kasih :)

    ReplyDelete
  2. bagus.. sama mcm sy penah belajar...cuma intro melalu yg sy blaja hanya 4xP bukan 6xP...

    ReplyDelete
  3. bagus.. sama mcm sy penah belajar...cuma intro melalu yg sy blaja hanya 4xP bukan 6xP...

    ReplyDelete