Tuesday 7 June 2011

Pengenalan rentak-rentak asas dalam muzik kompang

Untuk post kali ni saya nak terangkan serba sedikit berkenaan rentak-rentak asas yang dimainkan dalam muzik kompang.

Rentak-rentak ini kebanyakkannya dimainkan dalam persatuan-persatuan atau kumpulan-kumpulan muzik kompang di seluruh Malaysia, cuma yang berbeza dari segi permulaan pukulan untuk 'memulakan' rentak tersebut dan juga 'menaikkan' pukulan.

Rentak-rentak asas tersebut adalah:
1) Melalu/Langsung
2) Menyilang
3) Meningkah
4) Menganak

Pukulan meningkah boleh dikategorikan dalam pukulan rentak menganak kerana pukulan dalam tempo yang sama cuma berbeza dari segi bilangan paluan yang dipalu. Sesetengah persatuan kompang menkategorikan rentak meningkah ini sebagai rentak menganak pada level-level tertentu.

Selain rentak-rentak asas ini pelbagai rentak kontemporari dan moden telah diperkenalkan tetapi masih lagi mengekalkan rentak-rentak terbaru tersebut dalam pengkelasan rentak-rentak asas mengikut tempo dan bilangan pukulan serta tahap kesukaran pukulan tersebut.

Rentak yang paling mudah dipalu ialah rentak melalu/lagsung dan rentak yang paling sukar dipalu ialah rentak menganak. Buat pelajar yang baru melibatkan diri dalam seni muzik ini, pukulan yang pertama yang akan diajar ialah rentak melalu/langsung dan apabila para pelajar telah dapat tempo rentak tersebut mereka akan diajar rentak asas yang kedua iaitu rentak menyilang. Seterusnya para pelajar akan diajar pukulan-pukulan yang lebih sukar mengikut tahap kemampuan pelajar tersebut.

Pelajar seawal usia 6@7 tahun juga boleh memalu rentak pukulan asas melalu/langsung. Sekiranya anda lebih tua dari usia tersebut sudah tentu lagi mudah bagi anda untuk mempelajarinya.

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete