Wednesday, 8 June 2011

Rentak Melalu/Langsung

Rentak Melalu/Langsung adalah rentak asas yang mana rentak-rentak asas yang lain seperti menganak, menyilang bergantung pada rentak ini.

Pukulan rentak melalu ini adalah satu persatu dan untuk permulaan pelajar perlu mengira.

Intro pukulan permulaan bergantung pada kreativiti anda dan disini saya akan menunjukkan contoh pukulan intro dalam rentak melalu. Sebelum itu saya akan terangkan bunyi yang terdapat dalam muzik kompang. Kebiasaannya ada 2 bunyi sahaja iaitu 'Pak' dan 'Bum'. Sesetengah kumpulan kompang ada memainkan bunyi 'ting'. Untuk menghasilkan bunyi 'Pak' jari dikembangkan dan pukul dibahagian tengah kompang, dan untuk menghasilkan bunyi 'Bum' jari dirapatkan dan pukul dibahagian tepi kompang.

Saya akan memberi simbol bunyi 'Pak' sebagai 'P' dan bunyi 'Bum' sebagai 'B'

Untuk intro rentak melalu: P P P P P P (6 kali paluan secara berterusan dengan tempo kiraan satu)

Seterusnya rentak melalu: B B B B B B B B B P P P P P P P (9 7 dipalu secara berterusan dengan tempo kiraan satu)

Rentak 9 7 akan dimainkan secara berulang-ulang 9 7 9 7 9 7....... sehingga tonggak iaitu ketua yang memimpin pasukan kompang memberi arahan 'hentikan' pukulan atau 'naikkan' pukulan

'Hentikan' pukulan dan 'naikkan' pukulan juga berbeza dalam setiap persatuan kompang yang ada, untuk blog saya, saya akan mengajar lebih kepada rentak dalam kumpulan Ezhar yang mungkin ada pengubahsuaian sedikit.

Untuk 'hentikan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'henti') 8 1 (B B B B B B B B P)
 Untuk 'naikkan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'naik') 8 9 1 3 1 3 9 7 9 7....(B B B B B B B B P P P P P P P P P B P P P B P P P B B B B B B B B B P P P P P P P....)

Ok lah setakat ini dahulu pembelajaran rentak asas dalam kompang. Seterusnya nanti saya akan terangkan rentak-rentak yang lain pula.

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete