Rentak menyilang sama seperti rentak malalu, cuma menyilang akan dipalu selepas paluan melalu yang pertama.
Contonhnya dalam pukulan intro melalu ada 6 pukulan 'Pak' manakala intro untuk pukulan menyilang adalah 4 bunyi 'Pak'. Menyilang akan memalu serentak bersama pukulan melalu pada pukulan yang pertama dan kedua kemudian rest satu pukulan melalu dan seterusnya memalu pada pukulan yang 4 dan 5 sebelum memalu bunyi 'Bum' dan seterusnya (9 7 9 7....)
Intro pukulan menyilang ialah: P P _ P P _
Pukulan menyilang : B B B B B B B B B P P P P P P P B B B B B B B B B
Tanda underscore di pukulan intri memberi maksud pukulan melalu.
Baiklah anda sudah boleh menghasilkan rentak muzik kompang yang bersilih ganti, tetapi selepas dimasukkan rentak menganak anda akan dapat dengar bunyi yang dihasilkan lebih menarik dan berirama.
Rentak menganak saya akan terangkan dalam post yang akan datang....
Salamm..
Tuesday, 14 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Rentak Melalu/Langsung
Rentak Melalu/Langsung adalah rentak asas yang mana rentak-rentak asas yang lain seperti menganak, menyilang bergantung pada rentak ini.
Pukulan rentak melalu ini adalah satu persatu dan untuk permulaan pelajar perlu mengira.
Intro pukulan permulaan bergantung pada kreativiti anda dan disini saya akan menunjukkan contoh pukulan intro dalam rentak melalu. Sebelum itu saya akan terangkan bunyi yang terdapat dalam muzik kompang. Kebiasaannya ada 2 bunyi sahaja iaitu 'Pak' dan 'Bum'. Sesetengah kumpulan kompang ada memainkan bunyi 'ting'. Untuk menghasilkan bunyi 'Pak' jari dikembangkan dan pukul dibahagian tengah kompang, dan untuk menghasilkan bunyi 'Bum' jari dirapatkan dan pukul dibahagian tepi kompang.
Saya akan memberi simbol bunyi 'Pak' sebagai 'P' dan bunyi 'Bum' sebagai 'B'
Untuk intro rentak melalu: P P P P P P (6 kali paluan secara berterusan dengan tempo kiraan satu)
Seterusnya rentak melalu: B B B B B B B B B P P P P P P P (9 7 dipalu secara berterusan dengan tempo kiraan satu)
Rentak 9 7 akan dimainkan secara berulang-ulang 9 7 9 7 9 7....... sehingga tonggak iaitu ketua yang memimpin pasukan kompang memberi arahan 'hentikan' pukulan atau 'naikkan' pukulan
'Hentikan' pukulan dan 'naikkan' pukulan juga berbeza dalam setiap persatuan kompang yang ada, untuk blog saya, saya akan mengajar lebih kepada rentak dalam kumpulan Ezhar yang mungkin ada pengubahsuaian sedikit.
Untuk 'hentikan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'henti') 8 1 (B B B B B B B B P)
Untuk 'naikkan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'naik') 8 9 1 3 1 3 9 7 9 7....(B B B B B B B B P P P P P P P P P B P P P B P P P B B B B B B B B B P P P P P P P....)
Ok lah setakat ini dahulu pembelajaran rentak asas dalam kompang. Seterusnya nanti saya akan terangkan rentak-rentak yang lain pula.

Tuesday, 7 June 2011
Pengenalan rentak-rentak asas dalam muzik kompang
Untuk post kali ni saya nak terangkan serba sedikit berkenaan rentak-rentak asas yang dimainkan dalam muzik kompang.
Rentak-rentak ini kebanyakkannya dimainkan dalam persatuan-persatuan atau kumpulan-kumpulan muzik kompang di seluruh Malaysia, cuma yang berbeza dari segi permulaan pukulan untuk 'memulakan' rentak tersebut dan juga 'menaikkan' pukulan.
Rentak-rentak asas tersebut adalah:
1) Melalu/Langsung
2) Menyilang
3) Meningkah
4) Menganak
Pukulan meningkah boleh dikategorikan dalam pukulan rentak menganak kerana pukulan dalam tempo yang sama cuma berbeza dari segi bilangan paluan yang dipalu. Sesetengah persatuan kompang menkategorikan rentak meningkah ini sebagai rentak menganak pada level-level tertentu.
Selain rentak-rentak asas ini pelbagai rentak kontemporari dan moden telah diperkenalkan tetapi masih lagi mengekalkan rentak-rentak terbaru tersebut dalam pengkelasan rentak-rentak asas mengikut tempo dan bilangan pukulan serta tahap kesukaran pukulan tersebut.
Rentak yang paling mudah dipalu ialah rentak melalu/lagsung dan rentak yang paling sukar dipalu ialah rentak menganak. Buat pelajar yang baru melibatkan diri dalam seni muzik ini, pukulan yang pertama yang akan diajar ialah rentak melalu/langsung dan apabila para pelajar telah dapat tempo rentak tersebut mereka akan diajar rentak asas yang kedua iaitu rentak menyilang. Seterusnya para pelajar akan diajar pukulan-pukulan yang lebih sukar mengikut tahap kemampuan pelajar tersebut.
Pelajar seawal usia 6@7 tahun juga boleh memalu rentak pukulan asas melalu/langsung. Sekiranya anda lebih tua dari usia tersebut sudah tentu lagi mudah bagi anda untuk mempelajarinya.

Sunday, 5 June 2011
Sejarah ringkas Muzik Kompang
Pengenalan kepada muzik kompang pada permulaannya saya akan ceritakan secara ringkas bagaimana muzik ini dibawa masuk ke Tanah Melayu.
Mengikut kebanyakan sejarah muzik kompang yang di inform dalam internet dan buku-buku, asal usul muzik kompang in adalah dari negara Arab dimana pada waktu itu, muzik kompang digunakan untuk mengiringi pembesar-pembesar istana dan raja-raja.
Muzik kompang ini kemudiannya dibawa masuk ke Malaysia pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka oleh pedagang-pedagang Arab, ada sesetengah mengatakan dibawa oleh pedagang india. Ada sesetengah maklumat mengatakan Melaka adalah negeri pertama yang menerima kehadiran muzik ini, dan ada sesetengahnya mengatakan negeri Johor. Pada waktu itu, muzik kompang ini digunakan untuk hiburan dan juga menyambut tetamu besar diraja selain itu ianya juga digunakan dalam adat-adat dalam budaya melayu seperti Marhaban dan majlis perkahwinan.
Jenis-jenis muzik yang dimainkan adalah jenis Hadrah iaitu lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah dan rasul-Nya, dan juga lagu-lagu yang berunsur nasihat.
Selepas itu muzik kompang ini berkembang keserata negeri di seluruh Malaysia dan pelbagai Kumpulan dan persatuan ditubuhkan untuk menarik minat para belia dan remaja untuk melibatkan diri dalam masyarakat selain mengekalkan kemasyhuran muzik kompang ini. Pada wakti kini muzik kompang ini dimainkan dalam adat-adat melayu, perkahwinan, pertandingan, sebagai alat sorakan dalam sukan dan sebagainya. Lagu-lagu yang dimainkan juga telah diimprovise kepada muzik moden yang lebih rancak dan sebagainya.

Friday, 3 June 2011
First time buka akaun blog.. hopefully info dalam nie ada manfaatnyer kepada semua
Salam...
Sekarang ni muzik traditional seperti muzik kompang semakin kurang diminati oleh anak-anak remaja masa kini.
Tujuan saya created blog ni adalah untuk mempertahankan seni muzik kompang ini disamping menyemarakkan semula seni budaya melayu yang kian pupus ditelan zaman.

Subscribe to:
Posts (Atom)